26 January 2011

1. LATAR BELAKANG.
Senario situasi di Malaysia masih memerlukan ramai lagi kaunselor berdaftar. Pendidikan yang sedia ada adalah berorientasikan sosial dan berbagai latar belakang dan budaya, sedangkan ramai lagi kaunselor diperlukan di kalangan masyarakat bangsa dan agama Islam. Justeru itu, kita memberi perhatian kepada golongan majoriti yang memerlukan bantuan. Kurikulum kaunseling juga tidak berfokuskan kepada keperluan golongan majoriti yang berlatar belakang yang mementingkan nilai dan agama Islam.
Oleh itu sesuai dengan keadaan semasa setelah 16 tahun Insaniah beroperasi kearah menerapkan nilai-nilai agama dan sekarang mengorak satu langkah ke arah program master tanpa program undergaduat dan Doktor Falsafah akan datang dalam program kaunseling memberi ruang kepada warga Insaniah terus maju. Sehubungan itu, Insaniah juga telah sedia ada dengan dua program iaitu Diploma Kejururawatan yang berkerjasama dengan Mahsa Universiti Kolej dan Perubatan yang turut memerlukan pengajaran dan pembelajaran kaunseling dan psikologi kepada pelajar-pelajar dapat luaskan dalam bidang psikologi. Ilmu psikologi juga mula berkembang dengan adanya kejururawatan dan perubatan serta kehadiran pusat (PPPKP) juga akan memperkukuhkan lagi sumber dan pengetahuaan melalui pelaksanaan Pusat Pengajian dan Perkhidmatan kaunseling dan psikologi.
2. OBJEKTIF
2.1. Merealisasikan Visi dan Misi Kolej Universiti Insaniah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi dan menjadikan ia sebagai pusat perkembangan pendidikan dan perkembangan ilmu. Lantaran kewujudan PPPKP ini akan mengeluarkan Sarjana Kaaunseling (Master Kaunseling) yang mana ianya mempercepatkan lagi untuk menjadi sebuah universiti penuh.
2.2. Melahirkan siswazah yang professional kaunselor yang mendapat pengiktirafan dan layak mendaftar sebagai kaunselor berdaftar di lembaga kaunselor(Malaysia) sebagai pemberi khidmat yang terlatih dan cekap.
2.3. Memberi peluang kepada graduat-graduat Insaniah yang berlatar belakang pengetahuan Islam untuk memajukan diri dalam bidang professional kaunseling dan pada masa yang sama dapat memantapkan kaunseling kearah orientasikan keislaman kerana kemasukan ke program ini member peluang yang luas kepada mereka yang berlatar belakang Islam.
2.4. Menjadikan pusat ini sebagai Pusat latihan dan pendidikan bagi para professional dalam bidang psikologi bagi Negara yang sedang membangun di serantau pada masa akan datang.














